FOLLOWERS

Saturday, September 19, 2015

Belajar untuk bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum. 



Hampir 3 bulan aku duduk di IPG Kampus bahasa Melayu. Kemudian keputusan UPU pun keluar. Aku dapat tawaran masuk UMS Sabah. Dapat tawaran masuk Universiti Malaya. Aku berfikir sejenak. Keliru. Kalau sambung Universiti aku hanya perlu belajar 3 atau 4 tahun memandangkan aku sudah masuk tingkatan 6. Berbeza dengan IPG aku perlu belajar selama 5 tahun. And yes aku rasa down sebab memang aku masuk form 6 untuk masuk Universiti. Tambah lagi apabila ada yang berkata 'sayangnya kau sudah ambil form 6". Aku rasa aku buang masa 2 tahun, aku rasa form 6 aku tu hanya sia-sia. 

Sehinggalah suatu masa, seorang sahabat berkata " kau ni macam tidak redha yang kau masuk IPG, bersyukurlah sebab dapat masuk IPG, ramai lagi orang di luar sana yang mahu masuk IPG. Kau sepatutnya bersyukur sebab kau sudah masuk form 6 maksudnya kau lagi advanced ". Ya. Kata-kata ni sangat menusuk ke jiwa. Aku sentap dengan kata-kata ni. Kadang hati ingin membantah, bukan aku tidak bersyukur, tapi cuba kau berada di situasi aku. Rasa diri sendiri betul. Ingin memenangkan diri sendiri. Tapi hakikatnya aku lupa. Ya aku lupa. Sungguh lupa yang aku memang tidak bersyukur dengan apa yang Allah berikan untuk aku. Kenapa aku persoalkan apa yang Allah tetapkan untuk aku ? Sedangkan itu adalah untuk kebaikan aku. Aku manusia. Aku juga alpa. Aku juga tidak pernah terlepas dari melakukan khilaf. Terima Kasih buat sahabat, kerana teguran inilah aku ingat sehingga hari ini. Kerana teguran inilah aku kembali berpijak di bumi yang nyata. Kerana teguran inilah aku renung kembali segala yang berlaku itu ada asbabnya yang tersendiri. Kerana teguran inilah aku sedar form 6 itu tidak sia-sia. Ada ilmu yang aku perolehi. Dan ilmu yang aku dapat semasa form 6 tu amat berguna untuk aku. Jujur aku terasa dengan kata-kata sahabat, tapi aku berfikir secara rasional, aku ambil nasihat itu. Aku berfikir positif bahawa teguran itu sememangnya benar dan aku harus terima dengan hati terbuka. Jangan ajar hati kita keras untuk menerima nasihat orang. Jangan. Kerana itu akan membuatkan hati kita hitam semakin keras, ego. Jika teguran itu menyatakan kebenaran terimalah walaupun pahit yang kau rasa. 

Alhamdulillah sekarang aku mula rasa lebih tenang. Aku bersyukur Allah tempatkan aku disini. Bersangka baiklah dengan ketentuan Allah kerana Allah jualah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Terima Kasih sekali lagi buat sahabat. 

No comments: