FOLLOWERS

Friday, September 25, 2015

Kecantikan yang sebenar itu terletak pada HATI.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum w.b.t.



Seringkali rupa itu menjadi ukuran. Selalu saja kita membandingkan kecantikan orang sehingga sampai satu tahap di mana kita membandingkan diri kita dengan orang lain lantas mengatakan " aku lagi cantik dari si fulan bin si fulan ". Kita sombong, lupa diri, kita lupa jaga perasaan orang lain. Kita anggap diri kita ini lebih cantik sehingga sanggup menghina orang lain. Allahu. Betapa kejamnya kita manusia sehingga sanggup menghina ciptaan Allah yang lain. 

Setiap insan pasti menginginkan kecantikan, terutamanya wanita. Iya, itu fitrah. Peristiwa hari ini menyedarkan aku bahawa kita sebagai manusia haruslah bersyukur apa yang telah Allah kurniakan untuk kita. Manusia hari ini seringkali mengeluh, tidak bersyukur. Hanya semata-mata ingin cantik di mata manusia, sanggup mengubah ciptaan Allah. Hari ini kita mengeluh, wajah kita tidak cantik. Hari ini kita mengeluh, wajah kita macam ni, macam tu. Kita mengeluh dan mengeluh wajah kita tidak seperti apa yang kita idamkan. Bermacam keluhan kita lontarkan. Tapi cuba kita duduk sebentar, ambil masa seketika. Muhasabah diri kita sendiri. Saat kita mengeluh dengan wajah kita, ada orang lain yang wajahnya berubah disebabkan faktor yang tidak boleh dielakkan seperti penyakit.Yang wajahnya juga tidak seperti yang di idamkannya. Sudah pasti mereka juga ingin menginginkan wajah cantik bukan? Tapi bagaimana dengan kita? Yang wajahnya sememangnya cukup sempurna dan  tiada cacat cela? Kenapa kita masih tidak mensyukuri nikmat Allah berikan kepada kita? 

Jangan kita banding-bandingkan wajah kita dengan orang lain, Cantik bukanlah lesen untuk kita menghina orang lain. Hanya sebab kita cantik, bukan bermakna kita boleh sesuka hati mengejek orang lain. Tidak. Tidak sama sekali. Jangan sesekali mengeluh mahupun mengejek wajah orang lain. Jangan. Ingatlah bahawa itu semua atas kehendak Allah s.w.t dan Dialah yang lebih mengetahui. Rupa itu hanya menjadi ukuran di dunia sahaja. Allah tidak pandang kecantikan kita. Kerana apa ? Kecantikan itu bukanlah terletak pada wajah kita. Kecantikan yang sebenar itu terletak dihati kita. Iya. Di hati.  Sabda Nabi Muhammad s.a.w

ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ


“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati”
 (Riwayat Imam al-Bukhari).


Cuba bayangkan, mungkin sekarang wajah kita cantik dan sempurna, tapi tiba-tiba suatu hari tu wajah kita berubah. Bayangkan jika Allah tarik  balik nikmat kecantikan tu.  Ingat kecantikan itu bersifat sementara. Cantik itu hanya pinjaman. Allah boleh tarik semua tu. Ingatlah bahawa kecantkan itu juga pasti akan hilang dimamah usia suatu hari nanti. Kecantikan hati jualah yang perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya. Hati inilah yang akan mencerminkan akhlak mahupun keperibadian seseorang.

 Segalanya bermula dari hati~

No comments: