FOLLOWERS

Friday, September 18, 2015

I'm Back!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t.




Begitu lama aku mengabaikan blog ini. Iya. Sungguh lama sekali. Terasa janggal jari jemari menaip entry ini. Selama ini aku hanya mampu "stalker" blog sendiri. Haha. Dan hari ini semangat untuk meng-Update blog itu datang secara tiba-tiba. Entah dari mana semangat ini datang menerpa diriku hari ni. Cehh. Haha. Sebenarnya hasrat untuk Update blog ni memang sudah lama terbuku dalam hati. Tapi disebabkan kesibukan yang memanjang, *konon* maka hasrat itu tersemat rapi di dalam hati ini. Mohon readers yang singgah ke blog ini jangan lupa menggunakan mask untuk mengelakkan anda selsema disebabkan habuk yang begitu tebal dalam blog ini. *tiup screen*. 

Tahun 2015 sudah hampir ke penghujungnya dan ini merupakan entri pertama aku dalam tahun ini. Haha. *nampak sangat blog terabai*. Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan. InshaAllah dalam entri akan datang. Untuk hari ini cukup sekadar membiasakan jari jemari kembali menari di atas keyboard laptop sahaja. Haha. 

Sekian~

No comments: