FOLLOWERS

Saturday, September 19, 2015

Minggu Orientasi

Pelajar baru dengan orientasi berpisah tiada. 22.06.2015 aku mendaftar ke IPG Kampus bahasa Melayu. Sepanjang minggu orientasi, pelbagai aktiviti diadakan. Taklimat dan sebagainya. Minggu orientasi ni di bawah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKBM. Memandangkan aku lebih tua *20 tahun* daripada pelajar lain, maka aku dilantik jadi penghuluwati. Bukan senang jadi penghuluwati. Kau jadi ketua, kena pastikan anak buah jagaan kau tu sentiasa tepati masa, kena kira setiap masa cukup atau tidak, kena sentiasa buat laporan.

Tapi jujur aku katakan, walaupun minggu orientasi tu memenatkan, kami di denda, di teriak, di marah semua tu, tapi  ada pengalaman yang lebih berharga yang aku dapat sepanjang minggu orientasi tu. Peristiwa yang paling tidak boleh lupa semasa malam penutupan orientasi tu. Kenangan manis yang tidak akan dilupa sampai bila-bila. Terima Kasih diucapkan kepada semua JPP IPGKBM kerana bersusah payah menjaga kami sepanjang minggu orientasi. Maafkan segala kesilapan kami budak junior ini. 

Salute dengan JPP IPGKBM ~

No comments: