FOLLOWERS

Sunday, September 20, 2015

Roommate

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum w.b.t



Roommate ? Sebelum menjejakkan kaki ke IPGKBM, aku tertanya-tanya siapakah bakal roommate aku? Bagaimanakah orangnya? Adakah sekepala dengan aku? Terlalu banyak yang bermain di minda? Dan apabila aku tiba di bilik yang telah ditetapkan untuk aku, Aku lihat nama yang tertera di depan pintu  " Nurfatin Nazeha ". Pertama kali aku masuk ke dalam bilik itu, aku tidak bersua muka dengan rinsan ini, aku mula bertemu secara empat mata dengan roommate hanya pada waktu malam. Masa tu masih dalam minggu orientasi. 

Permulaannya memang rasa awkward. Kami kurang bercakap sebab during that time aku pun belum dapat biasakan diri dengan insan yang bernama Nur Fatin Nazeha binti Khairudin. Haha. Dan aku panggil dia *Kak Fatin*  sebab masa tu aku belum tahu yang kami ni seumur. Hahaha.  But First Impression aku untuk roommate aku, dia seorang yang baik dan serious *mula-mula* aku kenal dia. Aku masih ingat dia tolong aku buatkan satu tempat untuk aku simpan spaghetti yang merupakan barang amanah diberikan kepada kami. That time, seriously aku malu mahu minta tolong. Haha. Ini merupakan fasa sebelum kami kenal dengan lebih rapat. 

And now, setelah 4 bulan aku bersama-sama dia, aku mulai dapat serasikan diri aku dengan dia. Perasaan yang malu-malu meow pada mulanya pun mula berkurang. Haha. Dan aku tarik balik aku cakap dia serious. hahaha. Bila kenal dengan lebih rapat, dia juga seorang yang periang. Terutamanyanya bila *poyo* dia datang. hahaha. Roommate aku memang sangat caring. Kalau mau describe pasal dia ni memang panjang. Haha. Tapi apa yang penting, to be honest aku bersyukur yang aku dapat roommate macam dia. Sangat bersyukur walaupun kadang-kadang dia ni pandai moody. hahaha. Satu benda yang buat aku touching bila aku balik, aku tengok tilam aku sudah siap bercadar. Ya la masa tu baru masuk, cadar tilam belum beli, and aku just guna selimut aku untuk dijadikan cadar. Tapi  selesai orientasi malam tu, tup tup aku lihat tilam aku dah bercadar dengan kemasnya. Mana nda terharu. *sob sob* Benda nampak simple, tapi aku hargai semua tu.  Aku harap kau bersabar dapat roommate macam aku yang selalu bising ni. Haha. Terima kasih kerana banyak membantu aku sepanjang minggu orientasi, minggu esaimen, hari ini dan akan datang. Terima kasih untuk segalanya. 

Dear roommate, if you read this, jangan marah, aku pinjam gambar. hihiks. Keep smile and I want you to know that I love you. Stay with me until your last day di IPGKBM ni okay. 

Semoga persahabatan ini kekal hingga ke "jannah".

Sekian, Wassalam.

No comments: