FOLLOWERS

Saturday, September 19, 2015

Tawaran Ke IPG Kampus Bahasa Melayu

Bismillahirrahanirrahim. Assalammualaikum w.b.t 



Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, begitu banyak cerita yang ingin di kongsikan. Dan aku memilih untuk menulis entri berkaitan dengan tawaran ke IPG Kampus Bahasa Melayu. Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di tingkatan 6 selama 2 tahun di Beaufort. Setelah menamatkan pengajian tingkatan 6 pada tahun 2014, hala tuju aku adalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Seperti biasa, aku juga turut membeli Pin UPU dan memohon untuk masuk ke Universiti Awam. 

Suatu hari, aku terlihat satu iklan yang menyatakan bahawa permohonan untuk PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2015 telah dibuka. Kemudian, hati aku tergerak untuk membuka laman web tu. Aku baca syarat-syarat permohonan. Setelah membaca syarat permohonan aku pun isi borang permohonan secara online pada malam itu. Aku memohon kos Bahasa Melayu dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Setelah selesai mengisi aku sahkan dan hantar. Masa tu aku tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk dapat tawaran tu sebab aku tahu kriteria yang diperlukan untuk masuk ke maktab perguruan sangat tinggi.

Sebelum berjaya mendapat tawaran IPG ini, ada 3 fasa yang perlu dilalui. Fasa yang pertama, setelah mengisi borang permohonan secara online, pemohon haruslah menunggu keputusannya terlebih dahulu. Sekiranya permohonan diluluskan maka barulah layak ke fasa yang ke 2. Lulus pada fasa 1 bukan bermaksud anda terus dapat tawaran masuk ke IPG. Fasa ke 2 ialah, calon perlu menduduki UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG). UKCG adalah satu ujian di mana pemohon akan menduduki ujian yang dikenali sebagai INVENTORI SAHSIAH GURU (INSAK) dan UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF). Untuk ujian INSAK, calon perlu menjawab soalan menjawab 135 soalan objektif dalam masa 30 minit.

Bagi UKF, terdapat 5 Check Point yang telah disediakan. Antaranya, ukuran berat badan dan tinggi (BMI), bangkit tubi 5 variasi, lompat kuadratik, ujian kilas sisi dan bleep test. Aku menduduki ujian INSAK dan UKF ini di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu Sabah. Sekiranya calon lulus UKCG di fasa yang ke 2 tadi, calon akan ke mendapat tawaran panggilan temu duga. Panggilan temu duga ini merupakan fasa yang terkahir iaitu fasa ke 3. Temu duga dijalankan secara berkumpulan. Aku mendapat panggilan temu duga ini juga di tempat yang sama iaitu IPG Kampus Gaya dan aku masih ingat sewaktu temu duga tu, perasaan gementar tu memang susah untuk di ungkapkan dengan kata-kata. Haha. *macam nak nikah* First time lah katakan. Selesai temu duga, tingallah menunggu keputusan untuk permohonan tu.

Sepanjang menunggu keputusan IPG tu, aku dapat panggilan untuk menduduki ujian MEdSI UPSI di UMS Sabah. So, aku pergi. Tapi untuk temu duga tu tidak berjaya. Haha. Kemudian keputusan permohonan IPG pun keluar. Aku check secara online dan  tidak disangka keputusan permohonan tu berjaya. Alhamdulillah. Kegembiraan tu aku kongsikan bersama keluarga. Tapi bila aku teliti kembali surat tawaran tu, tempatnya di Kuala Lumpur. Perasaan aku masa tu gembira berbaur sedih. Tapi keluarga jualah yang memberikan semangat. Dan buat pertama kalinya aku fly to Kuala Lumpur ditemani kakak dan abang ipar tersayang.

No comments: