FOLLOWERS

Sunday, October 18, 2015

Ekspedisi ke Bukit Broga

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum w.b.t 


Dear readers, lama rasanya tidak update entry terbaru. Biasalah "student live" busy memanjang kan. kunun. Haha. So, straight to the point, tidak perlu rasanya bermadah kata sebab dari tajuk pun boleh tau apa isi entry ni kan. Aktiviti mendaki Bukit Broga ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan di bawah Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH). Yes. Actually, aktiviti ni sudah lama dirancang, tapi dek kesibukan yang melanda, maka aktiviti ini tertangguh. Setelah sekian lama tertangguh, akhirnya tiba juga waktu yang ku tunggu-tunggu. Alhamdulillah, hari ini kami diberikan kesempatan untuk melaksanakan aktiviti ini. 


So, Bukit Broga ni terletak di Semenyih, Selangor. Perjalanan ke Bukit Broga ini memakan masa 45 minit. Fyi, anda haruslah melepasi 2 stesen sebelum tiba ke puncak Bukit Broga. Puncak Bukit Broga merupakan stesen yang ke 3. Kami bertolak dari IPG Kampus Bahasa Melayu kira-kira jam 5.30 pagi. Sebelum memulakan pendakian, kami singgah di surau yang berdekatan untuk menunaikan solat subuh. Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Masa ni aku teringat asrama, rindu solat subuh berjemaah di asrama, Selesai solat subuh, kami pun bergerak ke destinasi. Kami tiba ke destinasi lebih kurang jam 6.18  Seperti biasa, sebelum bermulanya aktiviti sudah pasti ada taklimat ringkas, selesai sahaja taklimat ringkas maka kami pun memulakan pendakian. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dan dengan perasaan yang sungguh "excited" aku pun mengorak langkah, Cehh. Pada mulanya, aku beranggapan mendaki bukit ni tidaklah sesusah mana. But at the end, perghhh aku silap. Belum pun sampai ke Pintu masuk 'Selamat Datang ke Bukit Broga" aku sudah rasa penat. Seriously penat. Hahaha. Masa tu masih gelap, so kami pun skip untuk bergambar di pintu gerbang tu. Kami hanya bergambar semasa turun hendak pulang and di bawah ni menunjukkan gambar pintu gerbang yang belum sampai pun aku sudah semput. Haha. Firstly, jalan memang landai, and kawasan tu dikelilingi kelapa sawit, and I was like feeling macam di Sandakan gitu. Maklumlah Sandakan, siring jalan kiri kanan Kelapa Sawit. Tidak sabar rasanya menunggu tarikh 21.11.2015. Balik Sabah. Ok, enough, kembali ke pangkal jalan.




Kemudian, aku pun meneruskan perjalanan bersama ahli-ahli SCPH. Belum sampai ke stesen yang pertama, hampus bukan main. Terasa penat sekali. Bagi aku untuk sampai ke stesen pertama ni sangat mencabar dan banyak kali juga aku berhenti untuk berehat. Penat sangat. Bila aku berhenti berehat, maka rakan-rakan lain pun terpaksa berhenti. Haha. Maaf menyusahkan. Memang waktu ni aku letih, so aku pun duduklah di batu-batu yang ada disitu. Muka aku waktu ni memang merah habis. Tapi kalau bergambar tu tetap masih mampu tersenyum. Selesai berehat sebentar, kami pun meneruskan perjalanan. Entah berapa kali aku berhenti sebelum sampai ke stesen 1 tu. Kalau ikutkan hati rasa hendak berhenti, tidak larat, tidak mampu rasanya kaki untuk melangkah lagi.
Tapi  jurulatih silat kami Abang Hisham dan rakan-rakan lain tetap bagi semangat. 

*Kak Long ok kak long, sikit lagi kak long, boleh tu. 
*Kak Long rehat dulu, minum air
*Perlahan-lahan nana
*Yana ko boleh tu yana, nda kau maw tengok sunrise

Iya, itulah antara kata-kata yang dilontarkan kepada aku, semua nama aku keluar. Hahaha. So, aku
pun meneruskan pendakian. Waktu tu aku rasa bersalah sangat sebab aku mereka terpaksa berhenti
hanya semata-mata hendak tunggu aku saja. And I was very thankful with all of them because kalau ikutkan boleh jak dorang tinggalkan aku kan. 


                          


     

Next, kami pun meneruskan perjalanan untuk ke stesen 1. Akhirnya setelah berpenat lelah, bersusah payah sampailah ke stesen yang pertama. Feeling dia bila sampai tu macam wahh akhirnya aku sampai juga, maka baru stesen 1 kan. hahaha. Untuk ke stesen 1 ni memang penat, kau kena panjat bukit, namapun Bukit Broga kan. Kalau gunung Broga, daki gunung Brogalah. hahaha, Tapi gunung Broga tiada okay. Here we are. Yuhuu. 


Bila sampai ke stesen 1 tu, soalan aku ialah:

*Kalau hendak ke stesen 2, jalan dia macam stesen 1 jugakah ?

Then jawapan mereka, 

*tidak, jalan dia landai sedikit. 

Maka sekali aku tengok lebih kurang juga. Bila aku nampak bukit untuk ke stesen 2 tu, perghh memang aku fed up sudah waktu tu. Rasa macam nak berhenti sampai situ sahaja. Hahahaha. Actually adalah landai sikit jalan ke stesen 2 tu. Bila lalu jalan landai tu aku kata, cubalah jalan dia macam ni jak kan bagus. They laughing at me. Ciss. Hahaha, Kalau jalan landai jak, baik tak payah naik bukit kan, baik jalan kaki jak atas jalan raya tu. haha. Seriously, memang tidak larat mahu teruskan pendakian. Kaki aku lemah longlai masa tu, sakit nyamu batis ku sudah. Inda lagi laratkan bejaur. Inda bekarih, haha. Tapi, atas dorongan mereka jugalah, aku gagahkan juga kaki aku untuk melangkah even rasa macam mahu muntah waktu itu.

They said, 

*Yana cuba kau motivasikan bah diri kau, supaya semangat kau mendaki. 
*Change your mindset
*Bernafas guna hidung dan mulut. 

And I was like, rasa macam mahu bagi makan kasut aku yang saiz 6 tu. Adakah disuruh motivasikan diri, bukan masalah motivasi, cukup motivasi sudah aku mahu ikut daki Bukit Broga tu tau. Masalahnya, tu fizikal aku nda mampu. Lagi satu, bernafas guna hidung dan mulut. What a bonus question ohh. Takkan la saya bernafas guna telinga kan. Haihhh. Bikin geram betul. Hahaha. Joking. Tapi sebab mereka jugalah akhirnya aku tiba hingga ke puncak yang ke tiga walaupun jalan terhuyung hayang sebab aku tengah pening waktu tu. Hahaha. Sikit mahu terjatuh pun ada, Haihh. Nana. Nana. Untunglah ada tempat berpaut. Hahaha. 

And the last is, checkpoint 3. Perjalanan ke stesen 3 tidak memakan masa yang terlalu lama. Kami sampai ke puncak kira-kira jam 7.43. Tapi penat tetap terasa. Atas dasar semangat yang diberikan kepada aku, akhirnya aku tiba juga dipuncak ini..

*Kak Long sikit lagi kak Long
*Yana, sikit lagi. Mahu sampai sudah. 

Alang-alang sudah menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Cewah. Hahaha. Daki dan terus mendaki, tup tup 

*Tahniah Kak Long, sampai sudah 
*Tahniah yana, akhirnya sampai juga

I was like, seriously sudah sampai. Biar betul? You know that feeling right. Aku pun dengan rasa gembiranya mengumumkan Yeahh akhirnya sampai juga ke puncak gunung Kinabalu. Terima Kasih semua.  Opss. Puncak Bukit Broga. Jangan perasan okay. Gunung Kinabalu belum dapat ku tawan. Bukit Broga saja pun aku sudah kapisan. Kapus-kapus kan naik, inikan lagi gunung Kinabalu. Hahaha. Tapi, seriously, I was very happy because finally I can achieve my goal. Tidak ku sangka, tidak ku duga aku mampu sampai ke puncak. So, macam biasa, let me take a selfie first. Hahaha.





Selesai selfie and wefie semua, makan, Makan tu wajib. Hahaha. Sambil menikmati kuih gelang free, aku menikmati pemandangan bukit Broga tu. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah. Tiada yang mampu menandingi ciptaannya. Ciptaan alam ini menunjukkan kebesaran Allah. Allahuakhbar, Allah Maha Besar.


فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ ﴿٣٤

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (QS. Ibrahim [14] : 34)

Sungguh, ciptaan Allah itu indah, Allah berikan kita oksigen untuk bernafas, Allah berikan mata untuk kita melihat, Allah berikan akal untuk kita berfikir lantas kenapa kita masih ingkar suruhan Allah. Kenapa kita masih tidak mensyukuri nikmatnya. Sedangkan jika Allah hitung semua pemberiannya terhadap kita ini, nescaya kita tidak akan mampu untuk membayarnya. Tepuk dada, tanya iman. 

Selesai makan, dan berehat sebentar maka kami pun turunlah untuk pulang. Perjalanan untuk turun ni tidak terasa penatnya, biasalah turunkan. Turun Kak Long Laju kata bang Hisham. Hahaha. Semangat aku turun, siap main gelongsor-gelongsor. Hahahaha. Peristiwa ni tidak boleh lupa sebab memang lawak gila. Hahahaha.

Baju aku kotor disebabkan perjalanan untuk turun tu sangatlah licin, so macam-macam cara hendak turun. Pegang talilah, duduk, gelongsor, terbang jak tidak. Kalau boleh terbang, baik tidak payah mendaki kan. Haha. Jalan memang curam. So kena hati-hati. Banyak kali juga hendak terjatuh. Alhamdulillah selamat juga. Perjalanan pulang, kami banyak ambil gambar memandangkan masa naik tu tidak sempat mahu ambil gambar. Maklumlah semua struggle mendaki kan. Hahaha. Bukit Broga ni memang sesuai untuk buat rakaman lagu filem hindustan. Sebab boleh gulik-gulik sampai masuk dalam gaung. Hahaha. Jangan buat pulak!! Bahaya. So, here is our picture.



Gambar dibawah ni, kami berdiri diatas batu yang dibawahnya memang gaung. Tersilap sikit kaki, terjatuh, memang boleh maut. Jangan ikut aksi ini !! Dilarang sama sekali !! Tu lelaki dua orang tu action jak lebih, actually gayat tu. Kaki terketar-ketar berada diatas batu tu. Hahahahaha.

























Gambar dibawah ni gambar candid, ish ish ish. Siapalah yang ambil ni. Btw, cantik jugalah. Hahaha. Thank you. 


Haaa~ lagi satu, ni peraturan kalau hendak mendaki bukit Broga. Ingat. Sayangilah alam kita. 



Begitulah cerita untuk aktiviti mendaki Bukit Broga ini. Alhamdulillah aktiviti ini dapat dijayakan bersama ahli-ahli SCPH. Aku gembira dapat ikut serta dalam aktiviti ini tapi yang menyedihkannya ialah, tidak dapat tengok sunrise dan tidak dapat cari bunga ni.

                     

It's okay. Maybe next time. Terima Kasih buat Abang Hisham, jurulatih silat kami yang sudi memberikan peluang kepada kami untuk menyertai aktiviti ini, terima kasih kerana menumpangkan kereta, terima kasih belanja makan, dan terima kasih kerana memberikan semangat sepanjang ekspedisi ini, terima kasih juga untuk rakan-rakan lain iaitu syasya, ayie, hafiz dan akmal kerana banyak membantu, memberikan semangat dan dorongan untuk aku meneruskan pendakian. Without all of you, maybe I will surrender and I will give up untuk sampai ke puncak Bukit Broga tu. Minta maaf jika ada salah dan silap, atau menyusahkan sepanjang aktiviti ini. Once again, thank you very much.


Terima Kasih juga ditujukan khas buat Nike, kasut kesayangan dari form 6 sehingga hari ini Sungguh banyak jasamu terhadap ku ohh kasut. Hahaha.

New experience. I love it and I really appreciate it. Mendaki Bukit Broga ni memberikan kesedaran kepada aku bahawa, untuk mencapai kejayaan tu bukan  mudah, perlukan usaha dan semangat yang kental. Kalau hendak pandai, makanlah 10 botol kismis pun, tidak akan pandai jika tiada usaha. Usaha itu penting, diiringi dengan doa dan tawakal.


Semoga diberikan kesempatan lagi untuk ke Bukit Broga ini. InshaAllah. Amin~



Sekian. Yang Penat Menaip~

 #PERSATUAN SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI .









                                         

No comments: