FOLLOWERS

Thursday, November 12, 2015

Terima Kasih untuk memori indah semalam

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t

11/11/2015 bersamaan dengan hari Rabu, terciptanya satu kenangan yang cukup indah untuk dikenang. Ceritanya bermula apabila kembar (Syiqin) datang ke bilik, dengan pakaian yang kemas, cantik seolah-olah hendak berjalan. Lalu aku pun memulakan pertanyaan. 

Aku : Syiqin kau mahu pergi mana?
Syiqin : Aku hendak membuat lawatan secara berilmiah katanya. 
Me : Betul-betul bah?
Syiqin : Ialah. Kami nak jalan pergi Muzium Negara, Taman Botani Perdana, Planetarium, dan Tugu Negara, Lepastu pergi Pasa Seni. Kau nak ikut tak? 

Jadi aku pun berfikir sejenak. Mahu ikut atau tidak. Sebab kalau diikutkan sebenarnya aku malas hendak berjalan dalam minggu ni. Even kawan-kawan lain bawa pergi shopping pun aku malas. Jawapan aku ialah, nanti habis exam baru aku jalan. Tapi tidak tahulah apa yang membuatkan aku tiba-tiba bersemangat untuk berjalan kelmarin. Ni sebab Syiqin lah ni. Hahaha. Actually aku suka melihat keindahan alam, kehijauan alam, jadi sebab tu lah aku berminat untuk ikut. Hahaha. So, aku pun buat keputusan untuk mengikuti mereka. Maka bermulalah pengembaraan kami. 


Menunggu bas untuk menuju ke KL Sentral. 


Setibanya kami di KL Sentral, kami bercadang untuk makan terlebih dahulu, kebetulan masa tu perut mulai bernyanyi-nyanyi menandakan tengah lapar masa tu. So, kami pun mencari Food Court. Sebelum tu sempat lagi bergambar dengan Gajah besar tu.

                                         



Pameran Hari Deepavali

Selesai makan, kami menunggu bas untuk pergi ke Muzium Negara, tunggu punya tunggu bas belum juga tiba. Setelah Syiqin penat meng-Google GPS, Perjalanan ke Muzium Negara hanya memakan masa selama 21 minit jika berjalan kaki. Oleh itu, kami memutuskan untuk berjalan kaki sahaja. 




Setelah terkandas di lebuhraya, akhirnya kami pun tiba juga ke Muzium Negara. Sebelum tiba ke destinasi, kami sempat singgah ke Kuching, Ipoh, Kedah. Satu Malaysia kami round sebenarnya, Hahaha. Joking.


Tiba sahaja di Muzium Negara, tempat pertama yang kami lawati ialah Gallery A. Gallery A ini merupakan Gallery yang menempatkan artifak-artifak yang ditemui pada zaman prasejarah. Zaman dahulu atau lebih dikenali dengan zaman batu. 



Selesai Gallery A, kami ke Gallery B pula. Bila masuk ke Gallery B, rasa macam tidak mahu keluar. Sebab ada bunyi Gamelan, Hahaha, Gallery B menceritakan tentang kerajaan Melayu suatu ketika dahulu dan kedatangan Islam. 

                                              












Selesai melawat Gallery A, kami beralih ke Gallery C yang menceritakan Era Kolonial iaitu Zaman Penjajahan Britsh,






 Meriam wuuuuuuu. 


Kedatangan Portugis


Perjanjian Pangkor


Bunga Emas

Daaaannnn yang terakhir adalah Gallery D, iaitu Malaysia Kini. 






Selesai melawat keempat-empat Gallery, maka kami pun keluarlah. Berhijrah pula ke tempat Istana Satu dan melihat keretapi Tanah Melayu pada zaman dahulu.


Istana Satu



Next, setelah puas melawat sekitar Muzium Negara, kami berehat sebentar untuk menunaikan Solat di Surau yang tedapat dalam Muzium Negara itu. Selesai solat barulah, kami pergi pula ke Taman Botani Perdana. Pergi dengan berjalan kaki juga. Iya. Kami mengamalkan gaya hidup yang sihat. Hahaha. Taman Botani Perdana ni sangat cantik dan untuk anda yang tercari-cari tempat berjoging, bolehlah berkunjung ke sini kerana tempatnya adalah sangat sesuai. 



                               







Sebenarnya, plan kami hendak ke Planetarium, Tugu Negara dan Pasa Seni, terpaksa kami batalkan kerana hujan. Kami berhenti sebentar di sebuah kedai yang terletak dalam kawasan tersebut sementara menunggu hujan reda. Kami pun duduklah di kedai tersebut, makan-makan sambil bercerita. Cerita Kedai Kopi. Hahaha. Macam-macam cerita keluar, dan macam-macam lagu juga yang dinyanyikan oleh Tasya dan Jannah, daripada lagu jiwang hingglah lagu dangdut. Hahaha. 

Apabila hujan kurang lebat, barulah kami sambung perjalanan. Malangnya, masa ni kami tidak tahu jalan. Hahaha. Sama ada untuk meneruskan perjalanan atau patah balik ke Muzium Negara. Tapi kami ambil keputusan untuk teruskan perjalanan walaupun sebenarnya kami pun tidak pasti mana jalan yang betul. Kami hanya ikut kata hati, jadi kamu pun teruslah berjalan kaki sehinggalah kami jumpa jalan raya yang besar. 

Sampai sahaja di jalan besar, kami pun berhenti seketika untuk berehat. Setelah itu kami teruskan lagi berjalan kaki. Jalan, jalan dan terus berjalan sehinggalah kami lihat bangunan DBKL, dan KLCC. Hahaha, Jauh betul perjalanan kami. Tapi kami teruskan berjalan dan berjalan. Tujuan kami hendak ke Masjid Jamek. Walaubagaimanapun kami tersilap jalan lagi. Maka sesatlah kami di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur itu. Hahaha. Lalu Fhai pun membuka GPS. Kami mengikuti panduan dalam GPS dan meneruskan perjalanan. 

Jalan lagi dan terus berjalan sehingga ke Dataran Merdeka. Kemudian kami jalan lagi dan lagi, barulah kami jumpa Masjid Jamek. Alhamdulillah. Akhirnya jumpa juga. Hahaha. Masa tu kaki sudah lenguh berjalan, dan kami agak kebasahan memandangkan semasa perjalanan kami tu hujan renyai-renyai. Tetapi apa yang penting kamu telah menemui Masjid Jamek. Penemuan yang amat berharga bagi kami waktu itu. Hahaha. Sampai sahaja di Masjid Jamek kami pun menaiki LRT ke KL Sentral. Sampai di KL Sentral kami berehat  untuk makan dan menunaikan Solat. Kemudian barulah bergerak balik ke IB menggunakan teksi.

Sungguh jauh perjalanan kami. Tapi inilah pengalaman yang sungguh berharga. Terima Kasih kepada Syiqin, Fhai, Wenwen, Pocoyo, kerana sudi memberikan peluang kepada aku, Tasya, dan Jannah untuk mengikuti kamu pergi ke tempat-tempat tersebut. Walaupun terpaksa berjalan kaki dari KL Sentral ke Muzium Negara, dari Muzium Negara berjalan kaki lagi ke Taman Botani Perdana, dari Taman Botani Perdana berjalan kaki lagi sampailah ke Masjid Jamek. Terima Kasih yang tidak terhingga kerana tidak meneruskan perjalanan kaki itu ke Institut Bahasa, Hahahahaaha. Lenguh jugalah kaki berjalan, tapi kenangan yang cukup manis dan indah untuk dikenang. 

Bersusah payah mereda hujan, berjalan kaki sama-sama, sesat jalan sama-sama. Semua itu pengorbanan. Kita belajar dari pengalaman. Ada hikmah Allah bagi kita sesat jalan, supaya kita dapat meluangkan masa sama-sama dan mengeratkan Silaturrahim. Nda pernah menyesal ikut kamu berjalan. Hahaha. Sebab kamu ada ciri-ciri seorang pemimpin terutamanya Syiqin. Jadi aku tidak risau kalau kita sesat sebab aku yakin kita pasti dapat balik ke IB juga. Hahahaha. 

Apapun, sekali lagi terima kasih sekali lagi, Syiqin, Fhai, Wenwen, Pocoyo, Tasya and Jannah. 


Terima Kasih untuk memori semalam~
11/11/2015
Rabu

No comments: