FOLLOWERS

Monday, November 9, 2015

Gamelan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t 



Hello Fellas. Have you ever heard about Gamelan before this? Maybe yes and maybe not right? Atau mungkin aku seorang saja yang tidak tahu. Hahaha. Sungguh ketinggalan zaman.  Ini kali pertama aku mendengar perkataan Gamelan tu sejak masuk IB. Haha. and yes I like to try a new things. So aku pun cubalah. Aku mengenali serba sedikit tentang Gamelan ini. Belajar cara bermain Gamelan. Lagu pertama yang aku belajar ialah Lagu Timang Burung. My first Impression is it is so Amazing playing this and you know what, I've fall in love with gamelan. Oh noooo. Sejak pertama kali sudah jatuh cinta. Cinta pandangan pertama gitu. Hahaha. Sebab Gamelan ni sangat unik bagi aku. Baru belajar terus buat persembahan. Cehh. Kami buat persembahan Gamelan pada malam Gema Budaya. Memang seronok. IB ada kumpulan Gamelan tersendiri, so kalau ada apa-apa event tertentu memang kumpulan Gamelan IB akan buat persembahan. Contoh, selepas buat persembahan Gamelan pada malam Gema Budaya, kami juga buat persembahan Gamelan semasa Anugerah Citra Keguruan. 

Baru-baru ni aku mengikuti bengkel Gamelan anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN). JKKN telah menjemput pemain gamelan yang diterbangkan khas dari United Kingdom yang dikenali sebagai Kayu Gangsa. Kumpulan Kayu Gangsa ni ditubuhkan oleh Puan Maziah. Usia kumpulan ni pun sudah mencapai 14 tahun. You know what? Persembahan mereka memang mantap dan mereka bermain Gamelan sambil menyanyi lagu Melayu. Even sebenarnya mereka tu bukan orang Melayu. Iyalah dari UK kan. Sebenarnya perkataan Gamelan ni dikenali sebagai Kulintangan kalau di Sabah. Hahahaha. Kulintangan tu memang aku pernah dengar sebab di Beaufort memang popular dengan Kulintangan. Tapi pada mulanya aku ingatkan Kulintangan dan Gamelan itu berbeza. Rupanya sama. Cuma Gamelan ini dikenali dengan pelbagai nama. Kalau di Filipina pula, Gamelan dikenali sebagai Kulintang. Antara instrumen yang terdapat dalam Gamelan ialah Bonang, Gender, Konang, Kendang, Peking, Saron, Kenong dan Slenthem.

So here is the picture of #Kayu Gangsa Group. 




Jeng, jeng, jeng. Here is our picture. Persembahan Gamelan Malam Gema Budaya. 
 #GamelanTeam

 


This is our senior, memang pro lah sudah main gamelan.  Nda boleh lawan, kalau tengok tangan dorang main pun memang lembut jak.  
  

Si Adik Manis berbaju Merah bermain Bonang. Ni pun pro sudah ni, bakal pewaris senior kami. Hahaha. Paling semangat kalau ada latihan Gamelan. Entah semangat apa yang senior turunkan kepada dia. Btw, teruskan Adik. Keep it up. 




Aaaaannddd this is Me. Instrumen yang saya main ni adalah Slenthem. Memang best. Selain Slenthem saya juga mula belajar bermain Kendang sekarang. Seriously, Slenthem lebih senang berbanding Kendang. 


Inilah yang dinamakan kendang. Sakit jugalah tangan memukul. Cuti-cuti ni kami menghabiskan masa dengan latihan Gamelan. Budak baru belajar lah katakan, perlu banyak latihan. Hahaha. Abaikan adik manis yang bertudung merah tu.  Dia penat sudah main bonang sebenarnya. Sebab berulang kali dia main bonang, untuk seiringkan bunyi irama Kendang yang saya main ni. Yang masalahnya pemain Kendangnya ni lambat betul masuk. Terlampau loooooaaaadiiingg. Ndapa. Practice makes perfect right? 


I'm very enjoyed playing Gamelan. It is so much fun and bring happiness to me :). Sekian.

Good Luck kepada yang sedang menduduki peperiksaan. All the best. One paper to go. 16/11/2015. May Allah ease us. 

Yang Penat Menaip~
ILOVEGAMELAN.

No comments: