FOLLOWERS

Sunday, January 10, 2016

Hello 2016

Bismillahirrhamanirrahim, Assalammualaikum w.b.t

Terasa lama jari tidak menari atas keyboard laptop ini. Hari ini aku kembali untuk menulis entri dalam blog yang terbengkalai sepanjang cuti. Yups. Selepas selesai peperiksaan, hati mula gembira sakan sehingga aku lupakan sejenak blog ini. Maklumlah orang perantauan balik ke tempat asal, hati mana yang tidak gembira. Masa cuti hujung tahun lalu (2015). Aku manfaatkan sepenuhnya masa aku bersama keluarga tercinta. Sebelum tu, sekali lagi aku ingin ucapkan tahniah buat kakak sulung yang telah menamatkan pengajiannya. Alhamdulillah. Rezeki yang Allah bagi. 



Now, back to the topic. Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun 2016. Macam biasa, kembali melihat kota metropolitan Kuala Lumpur ini meneruskan pengajian. Syukur alhamdulillah, Allah masih berikan kita peluang untuk melihat kebesaran-Nya. Well macam biasa, menjelang tahun baru, maka ramailah ahli bloggers sekalian buat entry baru, selamat tahun baru, azam baru. Walaupun hakikatnya azam tahun sebelum ni belum terlaksana. Haha. Tapi tidak apa, normal sebagai manusia. Kerana untuk melaksanakan sesuatu bukanlah mudah. Omputih kata, "If you want to be good at anything in life, be prepared to be bad at first. Every master was once disaster". Orang bilang, learn from experience kan? Sedangkan iman seseorang pun ada naik turunnya. 

Tapi apa yang lebih penting sebenarnya, jadikanlah tahun  ini tahun yang bermanfaat untuk diri anda. Muhasabah diri, perbaiki apa yang kurang, dan jadikan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Kita ini manusia, seringkali alpa, lalai. Terkadang kita lupa bahawa dunia ini semakin tua, semakin ke penghujungnya, kita lupa bahawa hidup kita di dunia ini hanya sementara. Kita dibutakan dengan kemewahan dunia yang fana ini, sedangkan akhiratlah tempat kita kekal selamanya. Biarlah kejayaan yang kita kecapi itu seimbang untuk dunia dan akhirat. 

Entri ini bukanlah menceritakan tentang azam tahun baru aku tetapi lebih kepada memperingati orang lain termasuk diri aku sendiri tentang apa tujuan sebenar kita hidup. Apapun, aku bersyukur kerana ada keluarga yang sentiasa disisi aku dan rakan-rakan yang cukup memahami. Akhir kata, semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar dan sentiasa mendapat keredhaan-Nya. InshaAllah :) 

No comments: